Mengikut peraturan dan akta-akta yang berkaitan (tuan/puan boleh layari dan lihat di blog ini), dua buah badan bertanggung jawab mentadbir bangunan/kediaman bertingkat (seperti bangunan perniagaan, flet dan apartment) iaitu Badan Pengurusan Bersama (Joint Management Body - JMB) dan Perbadanan Pengurusan (Management Corporation - MC)
JMB adalah merupakan badan yang mentadbir bangunan dalam tempoh interim iaitu selepas pemilik mendapat kunci, tetapi belum mendapat hakmilik strata. Ia boleh dianggap sebagai 'pentadbir sementara."
MC pula adalah badan pengurusan bangunan yang telah mendapat hakmilik strata (mengikut syarat-syarat dan peraturan yang ditetapkan). Badan ini adalah berfungsi sebagai 'pentadbir kekal.'
Untuk keterangan lanjut sila baca DI SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Cadangan dan pandangan anda dihargai dan akan diambil perhatian - PPPMSC