Isnin, 4 Jun 2012

AKTA HAKMILIK STRATA 1985



Akta Hakmilik Strata 1985

Akta Hakmilik Strata 1985 (AHS), menyediakan urusan pecah bahagi bangunan dan tanah bagi hartanah yang dikongsi. Ia melibatkan permohonan untuk pecah bahagi, pendaftaran dan pengeluaran hakmilik, menyediakan sistem untuk pengurusan skim strata selepas pengeluaran hakmilik dan juga menyediakan sistem bagi menangani yang dikenali sebagai ‘Lembaga Hakmilik Strata’. Akta ini terletak di bawah bidangkuasa Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

AHS mula dikuatkuasakan pada 1 Jun 1985. Sebelum ini, permohonan untuk hakmilik individu bagi petak dalam bangunan berbilang tingkat boleh dibuat di bawah peruntukan di bawah Kanun Tanah Negara 1965 (KTN). Hakmilik subsidiari telah dikeluarkan bagi petak-petak tersebut.

AHS telah diwujudkan bagi menangani kelemahan dan kekurangan peruntukan di dalam KTN berkaitan pecah bahagi bangunan dan juga membantu dalam rujukan lain berkaitan pecah bahagi dan pengurusan bagi bangunan berbilang tingkat, di mana sehingga kini boleh diperolehi di pelbagai Bahagian, Bab dan Jadual dalam KTN. Walaubagaimanapun AHS mengandungi hampir semua peruntukan KTN berkaitan pecah bahagi bangunan, elemen-elemen baru dan peningkatan umum telah dilakukan kepada proses dan prosedur permohonan hakmilik strata dan pengurusan bangunan berbilang tingkat.

AHS telah dipinda sebanyak 4 kali sejak diperkenalkan iaitu pada 23 Februari 1990 (Akta A753), 2 Ogos 1996 (Akta A951), I Disember 2001 (Akta A1107) dan 12 April 2007 (Akta A1290). Dalam pindaan terkini, pecah bahagi tanah kepada petak tanah, petak aksesori dan harta bersama telah diperkenalkan. Pindaan ini memberi ruang kepada konsep pembangunan perumahan baru yang dikenali sebagai Skim Komuniti Berpagar (GACOS). Skim perumahan ini mengandungi hartanah seperti banglo, rumah teres dan juga rumah berkembar yang dibina di atas satu lot dengan kemudahan harta bersama yang dikongsi seperti rumah kelab, kolam renang dan padang terbuka. Ia merupakan komuniti tertutup dengan dinding atau pagar di sekeliling kawasan perumahan dan akses keluar masuk adalah terhad.

Apa Itu Hakmilik Strata?

Hakmilik strata merupakan satu bentuk pemilikan untuk bangunan atau blok berbilang tingkat atau berbilang lapisan petak tanah yang dibangunkan di atas sebidang tanah berimilik. Perkataan ‘strata’ merujuk kepada unit yang dipecah bahagi pada berbilang lapisan.

Hakmilik strata mulanya telah diperkenalkan pada 1966 melalui Kanun Tanah Negara Malaysia 1965, untuk meningkatkan perundangan bagi pemilikan bangunan berbilang tingkat. Sebelum ini ia dikenali sebagai hakmilik subsidiari dengan rujukan bangunan yang didirikan di atas tanah berimilik. Pada pindaan 2007, konsep hakmilik strata telah diperluaskan bagi kegunaan petak-petak tanah di atas tanah berimilik.

Skim hakmilik strata mengandungi petak-petak individu dan harta bersama yang ditadbir secara ‘self-governance’ oleh sistem perbadanan strata yang dikenali sebagai Perbadanan Pengurusan. Petak-petak samada apartmen, kondominium, rumah Bandar, kompleks komersil, GACOS dan lain-lain ditunjukkan di atas hakmilik sebagai dipunyai oleh Pemilik Petak. Harta Bersama ditakrifkan sebagai semua di atas tanah berimilik kecuali petak dan petak aksesori seperti tanggan, bumbung, taman dan sebagainya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cadangan dan pandangan anda dihargai dan akan diambil perhatian - PPPMSC