Alhamdulillan, Mesyuarat Agung Pertama PPPMC telah selamat dijalankan semalam, 16 Mei 2012 mulai jam 9 malam, di ruang lobi Menara Seri Cengal.
Sambutan daripada penduduk Menara Seri Cengal sangat-sangat memberangsangkan dimana lebih dari 70 penduduk dan keluarga telah hadir dan menjadi ahli PPPMSC yang baru diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.
Pemilihan AJK pertama persatuan turut berlangsung di mana Encik Mustafa Ghazanfar telah terpilih menjadi Pengerusi PPPMSC yang pertama. Lain-lain jawatan adalah seperti berikut:
Timbalan Pengerusi: Haji Mohamad Zaini Hassan
Setiausaha: Encik Najib
Penolong SU: Encik Hasnan
Bendahari: Hazizi
AJK: Puan Sharifah, Puan Maznah, Kak Yong, Rizal, Roslan (Ujang), A Rahim (Lan Kelantan) dan Encik Razak.
Mesyuarat turut bersetuju melantik Mejar Jeneral Datuk Sabri sebagai penaung dan Encik Ismail (ex-navy) sebagai penasihat persatuan.
Sebagai meraikan kehadiran penduduk ke mesyuarat agung ini, jamuan makan malam beriyani kambing telah disediakan oleh pihak penganjur. Gambar-bambar kenangan majlis yang julung-julung kali diadakan ini insya Allah akan dimuatkan ke blog ini apabila menerima salinannya daripada jurugambar tak rasmi majlis iaitu En Joe Limosin.
Semoga PPPMSC akan terus maju dan mendapat sokongan padu daripada warga Seri Cengal demi kebajikan dan kebaikan kita bersama, serta mengeratkan lagi jalinan silaturrahim sesama kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Cadangan dan pandangan anda dihargai dan akan diambil perhatian - PPPMSC