Persatuan Penduduk dan Pemilik Menara Seri Cengal (PPPMSC) berjaya menyiapkan empat lagi lot parkir berbumbung, menjadikan kesemua yang berjaya disiapkan sebanyak 96 lot. Empat lot berkenaan adalah di bahagian hadapan pintu masuk utama, dan kesemuanya telahpun diberi kepada empat penduduk atas dasar 'first come first serve'.
96 lot parkir yang disediakan ini adalah hasil kutipan sumbangan yang ditetapkan sebanyak RM200 satu lot, dan pembahagiannya adalah melalui undian.
Adalah menjadi hasrat PPPMSC ingin menyediakan sebanyak 120 buah lot parkir iaitu mencukupi bagi kesemua 120 unit kediaman di Menara Seri Cengal tertakluk kepada permintaan daripada pendudk yang masih belum mengemukakan permohonan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Cadangan dan pandangan anda dihargai dan akan diambil perhatian - PPPMSC