Persatuan Penduduk dan Pemilik Menara Seri Cengal (PPPMSC) berjaya menyiapkan empat lagi lot parkir berbumbung, menjadikan kesemua yang berjaya disiapkan sebanyak 96 lot. Empat lot berkenaan adalah di bahagian hadapan pintu masuk utama, dan kesemuanya telahpun diberi kepada empat penduduk atas dasar 'first come first serve'.
96 lot parkir yang disediakan ini adalah hasil kutipan sumbangan yang ditetapkan sebanyak RM200 satu lot, dan pembahagiannya adalah melalui undian.
Adalah menjadi hasrat PPPMSC ingin menyediakan sebanyak 120 buah lot parkir iaitu mencukupi bagi kesemua 120 unit kediaman di Menara Seri Cengal tertakluk kepada permintaan daripada pendudk yang masih belum mengemukakan permohonan.
Isnin, 21 Mei 2012
Khamis, 17 Mei 2012
MESYUARAT AGUNG PERTAMA PPPMSC SELAMAT BERLANGSUNG
Alhamdulillan, Mesyuarat Agung Pertama PPPMC telah selamat dijalankan semalam, 16 Mei 2012 mulai jam 9 malam, di ruang lobi Menara Seri Cengal.
Sambutan daripada penduduk Menara Seri Cengal sangat-sangat memberangsangkan dimana lebih dari 70 penduduk dan keluarga telah hadir dan menjadi ahli PPPMSC yang baru diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.
Pemilihan AJK pertama persatuan turut berlangsung di mana Encik Mustafa Ghazanfar telah terpilih menjadi Pengerusi PPPMSC yang pertama. Lain-lain jawatan adalah seperti berikut:
Timbalan Pengerusi: Haji Mohamad Zaini Hassan
Setiausaha: Encik Najib
Penolong SU: Encik Hasnan
Bendahari: Hazizi
AJK: Puan Sharifah, Puan Maznah, Kak Yong, Rizal, Roslan (Ujang), A Rahim (Lan Kelantan) dan Encik Razak.
Mesyuarat turut bersetuju melantik Mejar Jeneral Datuk Sabri sebagai penaung dan Encik Ismail (ex-navy) sebagai penasihat persatuan.
Sebagai meraikan kehadiran penduduk ke mesyuarat agung ini, jamuan makan malam beriyani kambing telah disediakan oleh pihak penganjur. Gambar-bambar kenangan majlis yang julung-julung kali diadakan ini insya Allah akan dimuatkan ke blog ini apabila menerima salinannya daripada jurugambar tak rasmi majlis iaitu En Joe Limosin.
Semoga PPPMSC akan terus maju dan mendapat sokongan padu daripada warga Seri Cengal demi kebajikan dan kebaikan kita bersama, serta mengeratkan lagi jalinan silaturrahim sesama kita.

SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI PPPMSC
Selamat berkunjung ke blog rasmi Persatuan Penduduk dan Pemilik Menara Sri Cengal (PPPMSC). Kepada semua warga Menara Seri Cengal boleh mendapatkan maklumat terkini tentang persatuan yang akan dikemaskinikan dari semasa kesemasa.
Semoga jalinan ukhuwah kita sentiasa akan berkekalan dan bertambah erat.
Wassalam.

Langgan:
Catatan (Atom)